Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste'

Wednesday, February 17, 2010

contest : weekend @ sheffield

Entry ini untuk contest
weekend @ sheffield. Jom sertai ramai-ramai sambil menjalinkan lagi ukhuwah sesama kita.



cara-caranya

buat satu entry berkenaan dengan 'true meaning of love' ATAU ' unity through sportmanship'
cara entry dibuat bergantung pada daya kreativiti masing masing, video, gambar, tulisan atau apa sahaja yang difikirkan menarik
sudah siap tulis entry, hantar link anda di ruangan komen di bawah




syarat syarat

entry mestilah berdasarkan tema
penyertaan dihantar sebelum 20 februari 2010
hanya bahasa melayu dan bahasa ingeris yang diterima
tulis ayat ini dalam entry anda - entry ini untuk contest weekend @ sheffield (linkkan weekend @sheffield ke link entry ini) -paham ke?-

pemarkahan

pengundian dari blogger

hadiah

pertama : 20 pound
kedua : 10 pound
ketiga : 5 pound
peneka terhebat : 10 pound
promoter terhebat : 5 pound

50 POUND untuk dimenangi!!!!


*Tema yang dipilih True Meaning Of Love*

Last sajak yang aku cipta untuk suami aku ketika ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Hari ini bukanlah ulangtahun perkahwinan kami, malah kesibukan yang menghambat kami di sini ketika diawal permulaan hidup di bumi asing ini menyebabkan aku dan suami terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami telahpun berlalu pada tahun lepas...(21 Mei). Sudah 9 tahun lebih kami melayari hidup sebagai suami isteri...kehadiran tiga permata hati menyebabkan kehidupan kami semakin ceria.

Hari ini, dengan lafaz
بسم الله الرحمن الرحيم, ku nukilkan sebuah sajak yang ku beri nama TRUE MEANING OF LOVE khas buat suamiku yang tercinta. Semoga tabah dalam mencari ilmu.

بسم الله الرحمن الرحيم
TRUE MEANING OF LOVE
Dikala malam dingin mencengkam rasa
Kau bisikkan kepadaku seperti selalunya
"Abang minta maaf atas segala kesilapan abang selama ini"
Ku tafsirkan ayatmu
jiwamu tulus, hatimu bersih
kau menyediakan kebahagiaan buatku
tiada secalit dosa dirimu padaku
lantaran kaulah suami yang berjiwa penuh kasih sayang...

Sesekali terkenang segala kenangan
terlukis segala kepayahan
dalam menempuh rintangan alam perkahwinan
namun hati kita tetap belayar bersama
walau banyak mana airmata kita yang tumpah
kita tetap bersama..

Perkahwinan ini menitipkan pelbagai jalur warna
jalur-jalur yang mengajar kita hakikat kehidupan
yang meninggalkan segala kenangan suka dan duka
dalam mendewasakan kita sebagai sebuah keluarga
jalur-jalur yang menguji kesetiaan antara kita.

Terima kasih suamiku..
Aku tetap di sisimu
menunggu hingga pelayaran kita ke perhentian terakhir
sebelum ajal menjemputku
sebelum nafas ku berhenti.

Andai kau tersadung langkah dalam meniti perjalanan
bangkitlah.. kan ku genggam tanganmu seerat-eratnya
kita berjalan bersama mencari barakah dariNya
semoga Tuhan memberkati kehidupan kita.

Suamiku..
Kumpullah kudratmu
teruslah melangkah dalam perjuanganmu
dalam meniti keperitan yang hujungnya kelak kau kan tersenyum
aku tetap menemanimu walau diri berkorban segala
lantaran kaulah suamiku
yang terbaik buatku
cintaku yang sebenar di dunia yang sementara
Moga doa kita dimakbulkan olehNya
Insya Allah


2 comments:

joegrimjow said...

poem yg menusuk jiwa gitu
nanti ku buat review
thx ya

joegrimjow said...

keptusan da diumumkan;)
terima kasih sebab join

My Blog List

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)