Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste'

Wednesday, May 25, 2011

Photo Of Nature Contest

Klik banner untuk sertai.

Syarat-syaratnya.
1-Sila Follow blog Budak Baru Belajar nie. (Wajib) Sape tipu dose k.
2-Sila 'LIKE' fan page FB budak baru belajar. Sila Scroll bawah... (Wajib)
3-Tempekkan banner kat atas dalam entry anda.(Wajib)
4-Letak satu gambar berkaitan nature, tak kisah la pantai ke, air terjun ker, hutan rimba ker, tapi make sure gambar itu ialah alam semulajadi dan nyatakan tempat tersebut. Gambar mestilah korang punya. jangan curi dari mana2 sumber. Walaupun saya tak tahu, tapi Allah tahu. Untuk membuktikan gambar itu kalian yang punya, anda mestilah berada dalam gambar tersebut.... (Wajib)
5-Tagged contest nie kepada sejuta orang blogger. hahaha... kejam x? Tipu jer la. Tagged je kepada sesiapa, xleast sorang. (Sunat)
6-Tinggalkan comment atau link anda di ruangan komen but not Shout Box.

Hadiah
2 pemenang akan dipilih
Hadiah Special dari Kemboja. So tunggu...

Tarikh Tutup
31 August 2011



Lokasi kejadian: 
Awharoa Falls, Waikato, New Zealand.

Ketika ini aku bersama ahli rombongan kami sedang berhenti untuk mengambil gambar keindahan alam semulajadi di Awharoa Falls ini. Keindahan alam semulajadi di sini tidak terusik dengan pencemaran oleh manusia, lihatlah pada kejernihan air yang mengalir dan kehijauan yang melatari alam.. sungguh mendamaikan...

Alam semulajadi menjadi tema
Gambar dipertaruhkan menjadi kenangan
Aku dan alam bergambar bersama
Keindahan semulajadi terpelihara berzaman..:)

Ada batu, air, fauna dan flora
Khazanah alam yang sungguh bermakna
Cintailah alam anugerah yang Esa
Moga lestari abadi selamanya..:)

Bersama kamera ku bawa sentiasa
Alam nan indah kurakam pasti
Keindahan semulajadi penyejuk mata 
Tanda kekuasaan kebesaran Ilahi..:)



1 comments:

Azwan@Mr Money said...

wah, ingat kat Malaysia tadi. hehehe...
cantik gambar, siap pantun lagi. hehehe..
Good Luck yer.

My Blog List

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)